Thursday, April 19, 2018

Pembangkang Terlalu Berahi Jadikan Azeez Rahim Modal Fitnah

Apabila bahang kepanasan Pilihanraya ke 14 (PRU 14) semakin dirasai,  tohmahan dan fitnah daripada juak juak Pembangkang pula seperti sudah tidak dapat dibendung lagi !

Track record membuktikan fitnah pembohongan dengan lidah Pembangkang berpisah tiada...  PRU 13 mereka mencipta dongengan pada hari pembuangan undi kununnya berjaya menangkap pengundi hantu warga asing, berlakunya insiden Blackout ketika proses semakan kertas undi,  ada puluhan ribu warga Bangla telah diterbangkan masuk untuk mengundi dan bermacam macam lagi kisah dongeng Pembangkang jaja kepada rakyat Malaysia. 

Bukti sahih juga boleh dijadikan rujukan melalui rakaman video yang dimuatnaik melalui Youtube, apabila Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengakui tugas mereka ialah untuk mengelirukan rakyat!  Itu memang agenda mereka...

Tidak lama dahulu Abang Besar Pakatan Harapan Lim Guan Eng telah memfitnah Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Panglima Azeez Rahim dituduhnya menerima wang sogokan dalam urusan projek pembinaan terowong bawah laut Pulau Pinang.  Kini fitnah DAP datang lagi...!  Nampaknya mereka tersangat berahi untuk menjadi Azeez sebagai target untuk mencemarkan nama BN. 

Kali ini juak juak murahan Pembangkang cuba untuk menjentik sensitiviti kaum melayu beragama islam.  Mereka serang Tabung Haji. 
Fitnah jahat yang dilemparkan bertujuan mencetus kemarahan pendeposit pendeposit Tabung Haji...

Padahal mereka tidak sedar bahawa kerja jahat mereka sia sia sahaja.  Pendeposit Tabung Haji sudah serik dimainkan dan dimomokan oleh penipuan Pembangkang.  Mana mungkin kita boleh lupakan kisah pendeposit Tabung Haji (TH) yang hilang kelayakan menunggu giliran pergi menunaikan Haji setelah mengeluarkan kesemua wang simpanan akibat tertipu dengan fitnah Rafizi kununnya Tabung Haji nak bankrap...! 

Bodohnya juak juak Pembangkang apabila cuba sekali lagi menakut-nakutkan orang awam khususnya pendeposit TH kununnya pembelian tanah Tun Razak Exchange (TRX)  seluas 1.56 ekar pada tahun 2015 dengan harga RM189 Juta bertujuan untuk membantu 1MDB membayar hutang yang ditinggalkan oleh Jho Low... 

Betapa ceteknya daya pemikiran juak juak Pembangkang ! Apa yang mereka tahu tentang strategi pelaburan hartanah TH..?  Dalam perihal pelaburan hartanah sudah pasti akan ada "appreciation" atau nilai tambah pada hartanah yang terletak dalam kawasan Prime Area !

Transakai hartanah oleh pihak TH membeli tanah TRX pada tahun 2015 dengan harga RM189 Juta adalah dibawah nilai pasaran pada waktu itu...!  Nilai tanah TH di TRX kini telah meningkat kepada RM205 Juta, peningkatan sebanyak 8.2% berbanding harga belian. Sekaligus ianya satu pulangan baik dalam jangkamasa yang singkat... 

Nah ! Nampak betapa sempitnya kotak pemikiran juak juak Pembangkang.  Mereka hanya tahu menjaja fitnah dan pembohongan sahaja...  Niat baik pihak pengurusan TH melaksakan pelaburan hartanah mereka cuba fitnah kununnya dibuat semata mata mahu Bail Out hutang 1MDB.

Padahal terbukti Rafizi Ramli masih meneruskan simpanannya bersama TH walaupun dialah dalang yang menghasut rakyat kununnya TH akan bankrap...! 

Wednesday, April 18, 2018

Najib Akan Umumkan Calon Calon BN PRU 14. Wait And See

Teka teki bilakah tarikh Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14) sudah pun terjawab setelah sekian lama dinanti nantikan oleh rakyat Malaysia. Manifesto BN juga telah pun dilancarkan oleh YAB Pengerusi BN Datuk Sri Najib pada 7hb April 2018 di Bukit Jalil.

Tanggal 9 Mei 2018 bakal menjadi ukiran sejarah politik tanahair apabila seantero Malaya dan seluruh dunia menjadi saksi parti manakah bakal dipilih rakyat untuk mentadbir negara Malaysia.... 

Sepuluh hari lagi pesta demokrasi akan bermula apabila tanggal 28 April 2018 diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai hari Penamaan Calon. Maka kempen pun akan bermula.. 

Natijahnya disana sini,  warung kopi,  coffee house,  lounge mewah,  ruang ruang pejabat pastinya topik perbualan mengenai siapakah dan parti manakah akan menang pada PRU 14 ini? 

Pihak Pembangkang yang diketuai DAP dilihat mencuba sebaik mungkin untuk mengaburi mata rakyat khususnya pengundi melayu apabila sanggup tidak menggunakan lambang Roket parti puluhan tahun mereka.. 
Disebaliknya pimpinan DAP memperkudakan alasan kegagalan parti Bersatu Tun M mendapat kelulusan ROS untuk Pakatan Pembangkang hanya menggunakan satu lambang.  Keputusan dicapai maka lambang PKR akan digunakan oleh semua calon calon Pembangkang. 

Keadaan ini agak membimbangkan juga buat BN kerana pengundi atas pagar berbangsa melayu boleh dikelirukan seolah-olah melihat tidak ada calon DAP dalam Pakatan Pembangkang. Oleh itu,  senarai calon calon yang akan mewakili BN haruslah mereka yang terbaik dan mampu menarik minat dan keyakinan pengundi pada PRU ke 14 kali ini. 

Sebelum YAB Datuk Sri Najib bubar Parlimen kita sudah pun menyaksikan jentera UMNO bekerja kuat dan bertungkus lumus.  Jentera yang siap siaga berada dalam mood perang untuk pastikan kemenangan BN. PRU ke 14 kali ini telah dimeriahkan oleh penggunaan media sosial Facebook dan kerancakan kiriman pesanan Whatsapp Group yang berperanan untuk tular pelbagai aktiviti persediaan gerak kerja PRU ke 14.

Iya situasi kali ini sangat meriah dan telefon pintar sangat diperlukan untuk setiap pengundi menerima kemaskini isu isu panas yang menjadi viral.  Kita boleh ikuti bermacam macam perkembangan dan isu isu terkini yang dimuatnaik di media sosial seterusnya dikongsikan melalui group whatsapp. 

Namun ada yang menyatakan kemeriahan persediaan gerak kerja PRU 14 ini boleh terbantut dan terbengkalai sekiranya individu yang bersedia untuk menjadi calon TIDAK terpilih dan tersenarai nama mereka apabila Najib membuat pengumuman...!  

Pada PRU ke 13 dan beberapa PRU sebelum ini termasuklah beberapa PRK ada berlaku kes calon kena sabotaj dan bilik gerakan ditutup kerana rasa marah dan tidak puas hati apabila tidak terpilih sebagai calon untuk bertanding... 

Apa pula kisahnya tahun ini untuk PRU ke 14 ? Mampukah Najib memuaskan hati semua pihak..?  Berjayakah konsep WALA' yakni taat setia dengan pimpinan itu akan ditaati oleh ahli ahli UMNO?  Bolehkah mereka yang selama ini bekerja kuat dan menghabiskan wang ringgit dan masa apabila tidak dipilih akan WALA' dan tidak sabotaj calon pilihan Najib...?

Bila berbicara bab sabotaj calon ada ketika dilihat tuan punya badan yang kecewa tidaklah parah lukanya TETAPI para penyokongnya yang terlebih sudu dari kuah menyiram minyak untuk marak api...!

Kita mendoakan sesiapa sahaja yang tidak terpilih untuk menjadi calon BN pada PRU ke 14 ini akan berlapang dada dan berjiwa besar mendahulukan kepentingan parti daripada kepentingan peribadi.. Yang penting dan yang utama BN mesti menang !  Putrajaya wajib kita pertahankan dan bekerja lebih kuat untuk merampas kembali negeri Selangor dan Pulau Pinang. 

Tuesday, January 9, 2018

Tahun 2018 Apakah Najib Masih Kekal Sebagai Perdana Menteri...?

Tahun 2018 sudah pun membuka tirai sejak lebih seminggu yang lalu.  Tumpuan dan persoalan hangat rakyat negara ini sudah pastilah kepada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14).

Ramai penggiat media sosial,  jentera parti serta pemerhati politik yang meramalkan PRU 14 akan diadakan pada tahun 2017 tidak meneka dengan tepat dan tempohnya telah pun berlalu pergi. 

Yang pastinya PRU 14 akan diadakan tahun ini!  Itu pasti... Cuma bilakah tarikhnya? Jawapan ini hanya ada pada YAB Datuk Sri Najib Tun Razak.  Hanya beliau sahaja yang tahu... 

Dikalangan marhaen yang layak mengundi pula sudah mula berkira kira dan bersembang sana sini mengenai parti mana yang akan beroleh kemenangan pada PRU 14 ini.  

Non partisan sudah mula membuat pertimbangan untuk menentukan pilihan mereka....  Mahu pilih parti yang mana?  BN atau Pakatan Harapan atau PAS yang sehingga ke saat ini dilihat 'stand alone'. 

Dalam situasi suhu politik tanahair disaat ini nampaknya rakyat sedang menyaksikan sandiwara politik diatas pentas juak juak Pembangkang.... Ramai nampaknya terpinga pinga dengan adegan yang disajikan oleh Pakatan Harapan mutakhir ini. 

Terkini,  pengumuman calon Perdana Menteri pilihan Pakatan Harapan adalah Tun Dr Mahathir Mohamed.  Keputusan yang mengundang pelbagai reaksi dikalangan pimpinan mereka sesama sendiri...  Masih ada dikalangan mereka yang tidak puas hati !

Adakah keputusan memilih Tun Dr M membuktikan bahawa dikalangan pimpinan Pakatan Harapan tidak ada yang layak untuk diangkat sebagai Orang Nombor Satu selain daripada Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh..? Tidak ada yang layak sehinggakan mereka terpaksa menggunakan "Recycle Item" buangan UMNO sedangkan dibarisan mereka ada tokoh tokoh yang muda seperti Azmin Ali, Rafizi Ramli,  Solahudin Ayub,  Mukriz Mahathir malah tak semena mena nama Tan Sri Muhyiddin pun sudah terpadam dari senarai ! 

Strategi apakah sebenarnya sehinggakan barisan kepimpinan terpaksa memilih Tun Dr M sebagai calon...?  Walaupun beliau diumumkan sebagai Interim PM namun persoalannya kenapa tidak ada calon yang lain sekiranya tugas itu hanyalah untuk tempoh terhad sementara merealisasikan usaha membebaskan Anwar Ibrahim dan selepas itu menyerahkan jawatan PM kepadanya. 

Adakah Tun Dr M hanya diperkudakan sahaja untuk memastikan BN tumbang dan selepas itu Anwar Ibrahim akan menjadi PM.

Barang kali mungkin buat parti DAP, Tun Dr M ini eloklah dipergunakan dan diperkudakan untuk mendapat undi melayu... Manakala dikalangan pimpinan PKR yang dikuasai oleh Azmin Ali pula, tindakan memilih Tun Dr M akan menutup peluang untuk Wan Azizah merasai duduk dikerusi PM walaupun untuk sementara waktu sahaja,  inilah siaran ulangan menghalang Wan Azizah dilantik MB Selangor sekiranya anda semua masih ingat... Buat parti PAN pula,  pimpinan mereka hanya menjadi lembu yang telah dicucuk hidung dalam Pakatan Harapan!

Rakyat dan pengundi semua mestilah bijak menilai dan membuat pilihan pada PRU 14 ini.  Bolehkah anda anda semua memberikan sepenuh kepercayaan kepada Pakatan Harapan...?  Berpuluh puluh tahun DAP dan PKR berjuang, termasuklah PAN yang dahulunya diatas tiket PAS kini mereka terpaksa menyerah jawatan Kapten kepada parti Bersatu yang belum berusia setahun pun. Apakah yang tersirat disebalik keputusan ini ? Jelaslah dikalangan mereka ada agenda peribadi masing masing.... 

Sebenarnya keputusan Pakatan Harapan memilih Tun Dr M memberikan kelebihan buat UMNO-BN menang lebih besar pada PRU 14. Value dan nilai Tun Dr M dikalangan pimpinan DAP,  PKR dan PAN bukanlah besar mana pun dan mantan PM berusia 93 tahun ini hanya diperlukan sebagai "care taker" sahaja maka diputuskan beliau sebagai Interim PM.  

Dalam rumah parti Bersatu penghuni disitu bersorak kununnya Boss mereka berjaya memperkudakan Pakatan Harapan.  Disebaliknya pada waktu yang sama dikalangan DAP,  PKR dan PAN pula menarik nafas lega kerana berjaya memperkudakan Tun Dr M. Yang menjadi mangsa adalah akar umbi Pakatan Harapan yang kini terkeliru dan sudah mula ada yang bersungut tak puas hati dengan pemilihan Tun Dr M sebagai calon PM Pakatan Harapan.

Semoga rakyat dan pengundi bijak membuat keputusan pada PRU 14 nanti..... 

Monday, October 2, 2017

Wajarkah Shahrizat Jalil Diberikan Peluang Sebagai Calon PRU 14 ?

YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib sudah mengesahkan bahawa senarai nama nama calon yang akan mewakili BN telah pun dihantar kepada pihak SPRM untuk saringan sebelum disahkan bersih dan layak untuk bertanding. 

Kalau dilihat diatas kertas khususnya pimpinan tertinggi UMNO iaitu pihak pengurusan parti terdiri daripada Presiden, Timbalan,  Naib, Setiausaha,  Bendahari,  Ketua Penerangan dan ketiga-tiga Ketua Sayap Wanita,  Pemuda dan Puteri hanya dua nama sahaja iaitu Bendahari dan Ketua Wanita bukan bertaraf Ahli Parlimen. Namun begitu, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak selaku Bendahari UMNO telah dilantik sebagai Senator membolehkan beliau memegang jawatan Menteri Komunikasi Multimedia. 

Manakala Ketua Wanita Tan Sri Shahrizat Jalil pula merupakan Penasihat kepada Perdana Menteri dalam portfolio Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita yang bertaraf Menteri. 

Mengikut rekod, Shahrizat pernah menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai selama tiga penggal berturut-turut dari tahun 1995 sehingga 2004. Pada PRU 12 tahun 2008 Shahrizat ditewaskan oleh Nurul Izzah anak sulung Anwar Ibrahim. 

Pada PRU 13 tahun 2013 pula nama Shahrizat terpaksa digugurkan kerana ketika itu panas dengan kes NFC.  Memang panas isu NFC sehinggakan ada sebilangan kecil dikalangan pimpinan sayap Wanita UMNO mengeluh dan agak 'reluctant' untuk membantu memberikan penerangan ke akar umbi untuk pertahankan Shahrizat boss mereka lebih lebih lagi setelah terbongkarnya kisah pembelian kondo mewah menggunakan wang pembiyaan kerajaan untuk projek NFC. 

Hari ini terbukti kes NFC telah memihak kepada famili Shahrizat dan dengan izin Allah mereka menang kes ini.  Malah nama Shahrizat telah lama dibersihkan setelah terbukti beliau langsung tidak terlibat!  Kisah ini boleh disimpan dalam lipatan sejarah politik tanahair,  tutup buku... 

Samada bergelar wakil rakyat atau pun tidak,  samada dilantik sebagai Menteri atau pun tidak,  Shahrizat tetap gigih dan kuat bekerja sebagai Ikon Wanita di Malaysia.  Memikul tugas dan tanggungjawabnya sebagai Ketua Wanita UMNO dan Penasihat PM bertaraf Menteri beliau tidak mensia-siakan platform yang sedia ada untuk bergerak dan melaksanakan tugas-tugasnya. 

Shahrizat adalah seorang yang lantang bersuara memperjuangkan hak wanita. Semenjak menjadi Ketua Wanita UMNO beliau 'all out' mahu menghapuskan amalan 'gender discrimination' dan menerusi Persidangan Agung UMNO Shahrizat berjaya mendapatkan hak dan penglibatan wanita sebanyak 30 peratus sebagai calon PRU yang akan datang. Beliau juga mahukan wanita diberikan peluang dalam pembuat dasar sektor awam, dan dilantik dalam GLC kerana terdapat ramai wanita yang memang layak dari segi kelulusan yang mereka miliki dan mestilah diberikan peluang. 

Kemantapan jentera Wanita UMNO Malaysia seluruh negara sejak dibawah kepimpinan Sharizat juga tidak boleh kita nafikan. Datanglah PRK dimana mana pelusuk sekali pun maka akan kita saksikan jentera wanita bertungkus lumus memikul tugas dan tanggungjawab sehinggakan kekuatan jentera wanita ini menjadi bualan pengundi dan juak juak Pembangkang.  

Oleh itu memanglah satu kewajaran untuk YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib selaku Pengerusi BN menyenaraikan Shahrizat sebagai calon pada PRU ke 14.  Dilihat dari testimoni memang ada kewajarannya.  Eloklah sebagai ketua sayap parti Shahrizat turut sama berada dalam saf jemaah menteri seperti lain lain kepimpinan tertinggi UMNO. Cukuplah satu penggal Ketua Wanita UMNO direhatkan.  Sharizat Jalil should make a Come Back...! 

Janganlah individu seperti Shahrizat diberikan jawatan lantikan bertaraf menteri.  Ibarat menjadi menteri ikut pintu belakang walhal Shahrizat should come from the front door.. 

Tetapi persoalannya sekarang kerusi Parlimen manakah harus digempur oleh Shahrizat..? Kembali beraksi di Lembah Pantai yang pernah menjadi miliknya selama lebih 12 tahun sebelum dirampas oleh Nurul Izzah pada tahun 2008..?
Apakah Datuk Raja Nong Chik boleh bersikap berbesar hati memberikan laluan kepada Shahrizat...? 
Baru baru ini Shahrizat diberikan tugas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan tiga sayap Bahagian Lembah Pantai,  apakah ini merupakan satu signal bahawa Ketua Wanita UMNO Malaysia ini akan kembali beraksi di Parlimen Lembah Pantai..?

Kedua duanya Raja Nong Chik dan Shahrizat pernah tewas ditangan Nurul Izzah di Lembah Pantai.  Tetapi kelebihan yang ada pada Shahrizat beliau pernah menjadi wakil rakyat disitu selama 3 penggal dan ada budi dan pembangunan peninggalannya sewaktu menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai.  Malah kalau diukur pada struktur kepimpinan parti Shahrizat lebih layak berbanding Raja Nong Chik. 

Akhir kalam... Biarlah Datuk Sri Najib buat keputusannya.  Beliau lebih layak dan lebih tahu apa yang baik buat parti UMNO dan BN. 

Persoalan paling akhir!  Mampukah BN menang di Parlimen Lembah Pantai..?  Dalam sifir politik,  kalau nak bertanding apa jawatan sekali pun..., buatlah kira kira dengan kemas dahulu sebab yang penting adalah kemenangan!  Biar pun satu undi,  asalkan menang! 

Shahrizat kena buat kira kira biar molek...  Jangan tewas kedua kali, boleh pendek usia politik kerana ianya akan membuka pintu kepada kekalahan yang lain.  Kalau dah diberikan peluang masih tewas lagi di PRU 14 maka tak mustahil pada Pemilihan UMNO yang akan datang ada calon yang akan menentang Shahrizat habis-habisan untuk merebut jawatan Ketua Wanita...!